Utusan Sarawak Online – Orkim akan beli Kapal Rich Sunda berharga RM97 juta

KUALA LUMPUR: Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Orkim Wisdom Sdn Bhd, telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Wealth Sail Shipping Pte Ltd untuk membeli Rich Sunda, sebuah kapal IMO Type II, dengan harga RM97.0 juta (AS$24.2 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, operator kapal terkemuka negara itu berkata cadangan tersebut akan membolehkan Orkim Wisdom memperoleh kapal berkenaan tanpa sebarang hutang, bebanan, gadai janji atau lien maritim.

Penjual juga akan membayar ganti rugi kepada pembeli terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada liabiliti sebelum penyerahan, dan syarikat akan menjalankan pemeriksaan fizikal serta penilaian ke atas kapal bagi memastikan kecekapan operasi sebelum urus niaga dimuktamadkan.

For more details, visit the full article here.