Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) mengumumkan pelaburan strategik dalam Ain Medicare Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar produk farmaseutikal Bumiputera terkemuka.
Pelaburan yang disalurkan melalui dana Tranche IV Ekuinas bernilai keseluruhan RM1 bilion itu membolehkan syarikat berkenaan memperoleh pegangan saham minoriti strategik dalam struktur korporat Ain Medicare.
Langkah ini mencerminkan keberkesanan strategi ‘Bumiputera Relay Race’ di bawah agenda nasional GEAR uP, iaitu pendekatan sokongan institusi berterusan bagi mempercepat pertumbuhan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi.
Dalam konteks Ain Medicare, syarikat itu sebelum ini menerima sokongan daripada VentureTECH Sdn Bhd sejak 2017 hingga 2025, yang membantu memperkukuh keupayaan operasi serta meningkatkan kapasiti pembuatan.
Kini, peranan itu diteruskan oleh Ekuinas untuk membawa syarikat itu ke fasa pertumbuhan seterusnya.…
Read the full article here.