PETALING JAYA: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) mencatat prestasi kukuh pada 2025 dengan penyenaraian Orkim Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia menjadi pencapaian utama, sekali gus menandakan mercu tanda pertama pelaksanaan konsep Bumiputera ‘Relay Race’
Selain itu, Ekuinas juga mengukuhkan model penciptaan nilai menerusi tiga teras utama iaitu ekuiti persendirian, kredit persendirian dan Capacity Building.
Dalam Laporan Impak 2025, Ekuinas berkata, tahun ini menyaksikan peralihan strategik penting susulan penyusunan semula di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) pada Januari 2025, sebelum menjadi anak syarikat penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Julai, diikuti pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Aliff Omar Mohamad Omar.
Menurutnya, perkembangan itu menandakan pendekatan lebih bersepadu dalam mengimbangi prestasi kewangan dan impak sosioekonomi, sejajar mandat memperkukuh penyertaan ekonomi bumiputera secara mampan….