PETALING JAYA – Pencapaian cemerlang Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) pada tahun 2025 menunjukkan evolusi berterusan syarikat sebagai pelabur modal persendirian yang bersepadu dan menyokong perniagaan pasaran pertengahan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aliff Omar Mohamad Omar berkata, tumpuan syarikat dalam perniagaan terasnya, ekuiti persendirian, kredit persendirian dan Capacity Building serta kejayaannya menyenaraikan Orkim Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada tahun lepas menjadi mercu tanda buat Ekuinas sepanjang 11 tahun penubuhannya.
Sepanjang tempoh tersebut, Orkim Berhad berkembang menjadi pengendali kapal tangki produk petroleum ditapis utama di Malaysia dengan menguasai pegangan pasaran melebihi 50 peratus kapal-kapal berdaftar di Malaysia ketika penyenaraian.
Aliff Omar menjelaskan, menerusi tawaran awam awal (IPO) dan pemindahan saham, Ekuinas mencatatkan hasil kasar berjumlah RM208 juta dengan RM350 juta diagihkan sebagai dividen kepada PNB, demi manfaat pemegang unit amanahnya….