KUALA LUMPUR 16 Jun – Syarikat pengangkutan marin, Orkim Bhd melancarkan kapal terbaharu mereka, Orkim Jade yang dibina di Fujian Mawei Shipbuilding Ltd di Fuzhou, China sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan dan pengembangan armada kumpulan itu.
Kapal baharu tersebut mempunyai kapasiti muatan sehingga 14,500 tan DWT, menjadikannya antara aset penting dalam memperkukuh keupayaan operasi logistik marin syarikat.
Menurut Orkim, pembinaan kapal ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan perkhidmatan pengangkutan yang lebih berdaya saing dalam industri perkapalan serantau.
Orkim Jade direka dengan ciri-ciri teknologi moden yang memberi penekanan kepada aspek kecekapan operasi, kebolehpercayaan serta tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding kapal generasi lama…..