KUALA LUMPUR 22 Julai – Orkim Berhad meneruskan strategi pengembangan perniagaan perkapalannya menerusi cadangan pengambilalihan sebuah kapal tangki minyak dan kimia bernilai RMB157 juta atau kira-kira RM94.88 juta.
Pengambilalihan itu akan dilakukan menerusi anak syarikat milik penuh Orkim iaitu Orkim Ambition Sdn Bhd, selepas syarikat berkenaan memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Allcontinents International Shipping Limited pada 22 Julai 2026.
Kapal yang akan diperoleh ialah MT Rong Yao Wu Zhou, sebuah kapal tangki minyak/kimia jenis IMO Type II yang dibina pada 2025 dan kini dimiliki oleh Allcontinents International Shipping Limited….