KUALA LUMPUR: Agenda pemerkasaan perniagaan Bumiputera memasuki fasa baharu apabila tumpuannya beralih daripada menyediakan peluang perolehan kepada membina syarikat yang mampu berkembang, bersaing di peringkat serantau dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Ia dilaksanakan menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang dilancarkan pada 2024, yang memberi tumpuan membangunkan syarikat Bumiputera yang mampu berkembang, bersaing dan mencipta nilai jangka panjang menerusi ekosistem pertumbuhan yang bersepadu.
Usaha mengembangkan perniagaan Bumiputera itu meningkatkan siling ekonomi, manakala menaik taraf keluarga Bumiputera mengukuhkan lantai ekonomi, yang kedua-duanya saling melengkapi.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata usaha pemerkasaan Bumiputera, yang membentuk 70.6 peratus daripada penduduk Malaysia, melangkaui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan….