KUALA LUMPUR: Perjalanan Orkim Bhd dan Meraque Services Sdn Bhd menunjukkan bagaimana model ‘larian berganti’ yang dilaksanakan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) boleh membantu syarikat Bumiputera berkembang pada peringkat berbeza.
Kementerian Kewangan dalam satu taklimat kepada pengarang mengenai Kad Laporan 2026 Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), berkata Orkim menjadi contoh syarikat yang sudah melengkapkan keseluruhan perjalanan itu, daripada menerima modal pertumbuhan sehingga disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) pada peringkat awal membantu Orkim berkembang daripada pengendali kapal tangki berskala kecil kepada syarikat yang memiliki rangkaian 18 kapal.
Sokongan berkenaan turut memperkukuh (…)