Agenda memperkasaan perniagaan Bumiputera memasuki fasa baharu apabila tumpuannya beralih daripada menyediakan peluang perolehan kepada membina syarikat yang mampu berkembang, bersaing pada peringkat serantau dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Ia dilaksanakan menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang dilancarkan pada 2024, yang memberi tumpuan membangunkan syarikat Bumiputera yang mampu berkembang, bersaing dan mencipta nilai jangka panjang menerusi ekosistem pertumbuhan yang bersepadu.
Usaha memperkasakan perniagaan Bumiputera itu meninggalkan (…)