KUALA LUMPUR Orkim Bhd, syarikat pengangkutan marin terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Orkim Reliance Sdn Bhd memeterai Adendum kepada kontrak Consecutive Voyage Charter (CVC) sedia ada dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.
Di bawah Adendum itu, tempoh kontrak telah dilanjutkan selama enam bulan lagi bermula 16 Ogos 2026.
Susulan lanjutan itu, pihak penyewa turut mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak bagi tiga tempoh tambahan selama enam bulan setiap satu, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak CVC sedia ada.
Kontrak CVC itu terus beroperasi berdasarkan pencalonan kargo, iaitu pergerakan kargo dijadualkan mengikut budi bicara pihak penyewa berdasarkan jadual kadar yang telah dipersetujui sepanjang tempoh kontrak (…)