SHAH ALAM, 3 April (Bernama) Dua nelayan warga Indonesia terselamat selepas bot mereka terbalik dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang, semalam.
Pengarah Maritim Malaysia Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kejadian berlaku sekitar 9.19 pagi sebelum mangsa diselamatkan oleh kapal minyak ORKIM SAPPHIRE yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Beliau berkata operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada 9.30 pagi dengan aset laut dan udara digerakkan.
For more details, visit the full article here.