KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada akhir minggu lalu.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.04 mata atau 0.19 peratus kepada 1,634.77 daripada 1,637.81 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks dibuka rendah 2.73 mata kepada 1,635.08.

Dalam pasaran secara menyeluruh, 222 kaunter rugi mengatasi 92 kaunter untung, 275 kaunter tidak berubah, 2,174 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 115.70 juta saham bernilai RM58.16 juta.

For more details, visit the full article here.