GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya membawa tiga lelaki warga Indonesia yang terjatuh laut, ke Ibu Pejabat Maritim Negeri selepas ditemukan dan diselamatkan sebuah kapal.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Maritime Rescue Sub Coordinator Centre (MRSC) Langkawi kira-kira 9 malam, memaklumkan sebuah kapal tangki MT Orkim Harmony, telah menyelamatkan tiga mangsa berkenaan di Perairan Pulau Indah, Selangor.

“Laporan awal daripada nakhoda kapal berkenaan memaklumkan ketiga-tiga mangsa dipercayai keluar ke laut pada 20 Dis untuk aktiviti memancing, sebelum bot yang dinaiki terbalik akibat cuaca buruk pada hari sama.

For more details, visit the full article here.