Jendela Madani Online – SPRM-ORKIM BERHAD PERKASA TATAKELOLA BAIK DAN BERINTEGRITI MELALUI PERKONGSIAN STRATEGIK KIMPREHENSIF

PETALING JAYA, 29 Januari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan usaha memperkasakan budaya antirasuah dalam pengendalian tatakelola organisasi komersial negara bertajuk “Antirasuah dan Liabiliti Korporat” kepada ORKIM Berhad. Ianya bertujuan memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus korporat yang beretika. Program diadakan secara hibrid dengan penyertaan lapan Ahli Lembaga Pengarah serta 70 orang kakitangan ORKIM Berhad.

Perkongsian tajuk telah disampaikan oleh Ps Mohd Ihsan bin Anuar, dari Cawangan Swasta, PENMAS. Perkongsian tersebut menekankan risiko-risiko rasuah, kepentingan pematuhan undang-undang serta tanggungjawab organisasi dan individu selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan konsep Liabiliti Korporat.

Manakala, dalam ucapan aluan majlis, Ketua Pegawai Eksekutif ORKIM Berhad, Kapten Cheah Sin Bi, menegaskan bahawa sokongan penuh pihak pengurusan tertinggi terhadap pelaksanaan IBR serta kepentingan menjadikan integriti sebagai nilai teras dalam operasi perniagaan dan amalan kehidupan seharian warga kerja syarikat, selari dengan aspirasi kelestarian dan tadbir urus baik ORKIM Berhad.

For more details, visit the full article here.