Utusan Malaysia Online – Kerjasama PNB, GLIC terajui GEAR-uP lonjak syarikat Bumiputera

KUALA LUMPUR: Program 10 Juara Bumiputera di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) kini menjadi tumpuan utama Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memperkasa syarikat Bumiputera mencapai skala yang besar dan daya saing lebih tinggi.