KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Oktober 2024, disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.91 mata atau 0.36 peratus kepada 1,643.72 berbanding 1,637.81 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.73 mata kepada 1,635.08 sebelum menyusut ke paras terendah harian pada 1,632.54 beberapa minit kemudian, dan seterusnya meningkat semula ke paras tertinggi harian pada 1,644.05 sebelum mengakhiri dagangan.
For more details, visit the full article here.