KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong oleh sentimen positif berikutan kekukuhan ringgit meskipun prestasi Wall Street adalah suram.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 1.19 mata atau 0.07 peratus kepada 1,613.97 daripada 1,612.78 semasa ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 6.36 mata lebih tinggi kepada 1,619.14.

Di pasaran lebih meluas, sebanyak 123 kaunter rugi mengatasi 114 kaunter untung, dengan 247 kaunter tidak berubah, 2,263 tidak diniagakan, dan 11 yang lain digantung dagangan.
For more details, visit the full article here.