KUALA LUMPUR: Empire Premium Food Bhd dan Sunway Healthcare Holdings Bhd kini berada dalam senarai sekuriti patuh Syariah yang berkuat kuasa Jumaat lalu.
Dalam semakan berkala terbaharu oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebanyak 44 sekuriti diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah, manakala 18 sekuriti telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.
Senarai semakan terkini itu juga merangkumi syarikat pembuatan, teknologi, produk dan perkhidmatan perindustrian, produk pengguna, pembinaan, hartanah, teknologi solar dan digital.
Ia sekali gus mencerminkan dinamisme ekonomi dan pematuhan yang lebih kukuh kepada penanda aras aktiviti kewangan dan perniagaan Syariah.
Pengarah Penyelidik BIMB Securities, Mohd Redza Abdul Rahman menyifatkan senarai yang luas itu mencerminkan pertumbuhan pelbagai sektor yang memacu bursa.
Beliau berkata, ia merangkumi bidang tumpuan penting termasuk syarikat yang membuat tawaran awam permulaan (IPO) baru-baru ini seperti syarikat teknologi bernilai tinggi, SkyeChip Bhld dan pengendali kapal tangki produk petroleum bersih terbesar, Orkim Bhd….