KUALA LUMPUR: Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Ambition Sdn Bhd menandatangani Memorandum Perjanjian dengan ALLContinents International Shipping Ltd bagi cadangan pembelian sebuah kapal tangki minyak/kimia Jenis II IMO pada harga 157 juta renminbi (kira-kira RM94.88 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pengangkutan marin itu menyatakan pembelian berkenaan akan dibiayai sepenuhnya melalui hasil daripada Program Penerbitan Sukuk sedia ada kumpulan, berserta anggaran kos permulaan sebanyak RM4.2 juta.
Menurutnya, kapal itu yang dikenali sebagai MT Rong Yao Wu Zhou, dijangka diserahkan tidak lewat dari 20 Oktober 2026.
Orkim memaklumkan, pembelian kapal tangki Jenis II IMO itu akan meningkatkan fleksibiliti operasi kumpulan kerana ia berkeupayaan mengangkut produk petroleum bersih (CPP) dan kargo kimia, sekali gus meluaskan penawaran perkhidmatan dan jangkauan pasaran kumpulan berkenaan….