KUALA LUMPUR: Jurang besar penyertaan korporat Bumiputera dalam pasaran awam ketara dilihat apabila hanya 92 syarikat Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia antara 2020 hingga 2025, daripada lebih 230 syarikat yang memasuki pasaran saham sepanjang tempoh itu.
Keadaan itu menuntut agenda pemerkasaan syarikat Bumiputera diperkemas bagi melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera berdaya saing dan mampu disenaraikan di Bursa Malaysia.
Usaha itu dijalankan menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) diterajui Kementerian Kewangan dan dilaksanakan bersama enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama negara.
Ia merangkumi Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (TH) (…)