PETALING JAYA, 11 Februari – Agenda penskalaan akan menjadi strategi utama dalam melonjakkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera sebanyak 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2035.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini sumbangan syarikat bumiputera kepada KDNK masih berada pada tahap sederhana, sekitar 8.1 peratus.
“Ini menuntut tindakan yang lebih berani dan tersasar untuk memperkukuh penyertaan bumiputera dalam sektor bernilai tinggi, rantaian nilai strategik dan industri berintensif teknologi.”
For more details, visit the full article here.