GEORGE TOWN: Tiga nelayan Indonesia diselamatkan sebuah kapal tangki selepas bot yang mereka naiki terbalik di laut akibat cuaca buruk.
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung mangsa daripada Pusat Penyelamat Maritim Sub-Koordinator (MRSC) Langkawi pada jam 9 malam semalam.
Menurutnya, pusat berkenaan memaklumkan bahawa sebuah kapal tangki, MT Orkim Harmony, telah menyelamatkan ketiga-tiga lelaki itu di perairan berhampiran Pulau Indah, Selangor.
“Laporan awal daripada nakhoda kapal memaklumkan mangsa keluar ke laut pada 20 Disember lalu untuk menangkap ikan sebelum bot mereka terbalik akibat cuaca buruk pada hari yang sama.
For more details, visit the full article here.