KUALA LUMPUR 12 DIs – Orkim Berhad menerima suntikan keyakinan besar daripada pelabur institusi apabila Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu selepas melanggan 87.28 juta saham dalam penawaran awam permulaannya (IPO).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Orkim mengesahkan KWAP memperoleh kepentingan tersebut pada 9 Disember 2025, melibatkan 58 juta unit pegangan langsung bersamaan 5.8%, serta 29.28 juta unit pegangan tidak langsung mewakili 2.928% kepentingan dalam syarikat.
Secara keseluruhan, KWAP memegang 8.728% daripada jumlah saham terbitan Orkim, sekali gus mengukuhkan profil pemilikan institusi dalam syarikat perkapalan itu.
For more details, visit the full article here.