KUALA LUMPUR 13 Ogos – Orkim Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Reliance Sdn Bhd, melanjutkan Kontrak Penyewaan Berjadual (CVC) dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd bagi tempoh enam bulan lagi.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Orkim berkata lanjutan kontrak itu berkuat kuasa mulai 16 Ogos 2026 hingga 15 Februari 2027, susulan addendum yang dimeterai oleh Orkim Reliance dengan kedua-dua syarikat Shell pada 13 Ogos 2026.
“Kontrak CVC boleh dilanjutkan lagi bagi tiga tempoh berturutan selama enam bulan setiap satu, yang boleh dilaksanakan atas pilihan mutlak Penyewa, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak CVC sedia ada,” katanya (…)