KUALA LUMPUR 18 Mei – Orkim, Innoprise Plantation dan Powerwell antara 20 syarikat Malaysia tersenarai dalam RHB Small Cap Top 20 Jewels Edisi 2026 yang dilancarkan hari ini.
Turut berada dalam senarai menampilkan syarikat dengan permodalan saham kecil yang dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan, daya tahan serta keupayaan penciptaan nilai jangka panjang ialah Crescendo Corporation, Dufu Technology Corp, Dutch Lady Milk Industries, ICT Zone Asia dan ISF Group.
Jati Tinggi, Kee Ming Group, Kobay Technology, Life Water, MCE Holdings, Optimax, Pantech Global, Reach-Ten Holdings, TMK Chemical, Verdant Solar dan Well Chip Group turut berada dalam senarai berkenaan.
RHB Banking Group (RHB) dalam kenyataan berkata, RHB Small Cap Top 20 Jewels Edisi 2026 menampilkan 60 syarikat small-cap di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan, daya tahan serta keupayaan penciptaan nilai jangka panjang….