KUALA LUMPUR 26 Ogos – Orkim Berhad meneruskan strategi peluasan armada kapal tangki dan kadar penggunaan kekal tinggi pada 91%, bagi mengukuhkan kedudukan serta menyokong pertumbuhan hasil.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Cheah Sin Bi berkata, kapal baharu yang dalam perancangan akan meningkatkan kapasiti armada, selain meningkatkan lagi daya saing portfolio kapal syarikat tersebut.
Ujarnya, hubungan kukuh dengan pelanggan dan kontrak berulang memberikan asas pertumbuhan, sambil memberi tumpuan kepada penggunaan armada, kecekapan operasi dan pengurusan modal berhemat.
(…)