KUALA LUMPUR 9 Dis – Penyenaraian Orkim Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia menunjukkan kekuatan yang semakin meningkat dalam ekosistem perusahaan Bumiputera serta keberkesanan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam membangunkan perniagaan yang kompetitif di peringkat nasional, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Katanya, penyenaraian itu juga menunjukkan keberkesanan inisiatif kerajaan menerusi Generating Empowerment and Advancement for Resilient Bumiputeras (GEAR-Up) dan model “relay race” Bumiputera, di mana pelbagai GLIC mengambil peranan yang saling melengkapi pada pelbagai peringkat pembangunan sesebuah syarikat.
For more details, visit the full article here.