KUALA LUMPUR 9 Dis – Saham Orkim Bhd dibuka mendatar pada harga 92 sen, sama seperti tawaran awam permulaan (IPO) dalam penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pagi ini.
Saham syarikat perkapalan minyak dan gas itu bergerak antara paras terendah 86.5 sen dan tertinggi 94.5 sen.
Setakat pukul 9.30 pagi tadi, Orkim diniagakan pada 91 sen dengan lebih 35 juta saham bertukar tangan. Majlis penyenaraian itu turut dihadiri Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Orkim Berhad, serta wakil daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Bursa Malaysia.
For more details, visit the full article here.