Kosmo – Sumbangan syarikat bumiputera kepada KDNK hanya 8.1 peratus

KUALA LUMPUR – Sumbangan syarikat bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 8.1 peratus, meskipun golongan itu dilihat besar dari segi angka dengan jumlah populasi 21.8 juta, atau 63.6 peratus daripada penduduk Malaysia.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, hal ini menuntut tindakan yang lebih berani dan tersasar untuk memperkukuh penyertaan kumpulan itu dalam sektor bernilai tinggi, rantaian nilai strategik dan industri berintensif teknologi.

Jelasnya, kerajaan sedang memperhebat inisiatif penskalaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta GEAR-uP bumiputera berdasarkan konsep perlumbaan relay yang tidak bergerak sendirian, tetapi disambut dan dipacu bersama ekosistem melalui kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

For more details, visit the full article here.