Orkim sasar pertumbuhan keuntungan menerusi pembaharuan armada hingga 2029 – Penganalisis
KUALA LUMPUR 4 Nov - Strategi pembaharuan armada Orkim Berhad bukan sekadar usaha menggantikan
kapal lama, sebaliknya menjadi langkah penting syarikat untuk meningkatkan keupayaan operasi, mengawal kos penyelenggaraan dan membuka ruang pertumbuhan pendapatan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata penganalisis.