KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) mengumumkan pelaburan strategik dalam Ain Medicare Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar produk farmaseutikal Bumiputera terkemuka.
Pelaburan yang disalurkan melalui dana Tranche IV Ekuinas bernilai keseluruhan RM1 bilion itu membolehkan syarikat berkenaan memperoleh pegangan saham minoriti strategik dalam struktur korporat Ain Medicare.
Langkah ini mencerminkan keberkesanan strategi ‘Bumiputera Relay Race’ di bawah agenda nasional GEAR-uP, iaitu pendekatan sokongan institusi berterusan bagi mempercepat pertumbuhan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi.
Dalam konteks Ain Medicare, syarikat itu sebelum ini menerima sokongan daripada VentureTECH Sdn Bhd sejak 2017 hingga 2025, yang membantu memperkukuh keupayaan operasi serta meningkatkan kapasiti pembuatan.
Kini, peranan itu diteruskan oleh Ekuinas untuk membawa syarikat itu ke fasa pertumbuhan seterusnya.
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Ekuinas merangkap Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Rick Ramli, berkata pelaburan itu selari dengan objektif strategik syarikat.
“Perjalanan Ain Medicare merupakan contoh jelas pelaksanaan konsep ‘Bumiputera Relay Race’,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah ini merupakan inisiatif kedua selepas kejayaan menyokong Orkim Bhd sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Aliff Omar Mohamad Omar, menegaskan peranan penting modal institusi dalam memperkasa syarikat tempatan.
“Modal institusi memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan syarikat tempatan yang berpotensi berkembang dalam industri keutamaan,” katanya.
Beliau berkata industri farmaseutikal Malaysia dijangka berkembang sekitar 6.4 peratus setahun dan berpotensi mencapai nilai pasaran sehingga RM15 bilion menjelang 2030.
Ain Medicare, yang telah beroperasi selama 30 tahun, mempunyai kehadiran kukuh dalam pasaran tempatan dan global. Beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan, syarikat itu menghasilkan pelbagai produk termasuk larutan intravena, bahan suntikan isi padu kecil, larutan irigasi serta pekatan hemodialisis.
Produk jenama dalaman syarikat itu yang mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kini menembusi 17 pasaran eksport antarabangsa merangkumi Timur Tengah, Asia Pasifik, Eropah, Amerika Selatan dan Oceania.
Kejayaan itu juga menyumbang kepada ekonomi setempat apabila Ain Medicare menggaji hampir 1,400 pekerja, majoritinya dalam kalangan Bumiputera.
Read the full article here.
SA11 – Upskilling and Reskilling Talents
SA12 – Foster Community Growth Through Education
SA13 – Strengthen Workforce Connection
SA14 – Enhance Customer Satisfaction and Service Excellence
SA10 – Promote Workforce Well-being, Health and Safety
SA6 – Climate Change Management
SA7 – Reduce Waste, Promote Recycling and Resource Recovery
SA8 – Minimise Water Consumption
SA9 – Protect, Conserve and Enhance Biodiversity
SA4 – Uphold Ethics and Business Integrity