SHAH ALAM: Hanya empat daripada lebih 300 syarikat kapal di negara ini menandatangani perjanjian kolektif (CBA) bersama Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha NUSPM, Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, keadaan itu amat mengecewakan kerana kebanyakan syarikat perkapalan dilihat mengambil sikap lepas tangan terhadap kebajikan pekerja.
Katanya, kegagalan syarikat untuk memeterai CBA memberi kesan kepada hak dan perlindungan pekerja, khususnya dalam aspek gaji, faedah dan jaminan kebajikan pelaut tempatan.
“Apabila tiada perjanjian seperti ini, apakah jaminan sekiranya berlaku penindasan terhadap pekerja, khususnya berkaitan gaji?
“Kepada siapa mereka mahu mengadu dan membawa isu ini?” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian CBA antara NUSPM dan Orkim Berhad di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Laut, Datuk Dickson Dollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Orkim Berhad Kapten Cheah Sin Bi….