PETALING JAYA: Kos operasi syarikat perkapalan dijangka terus meningkat sehingga 20 peratus sekiranya konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) berlarutan, dengan penutupan Selat Hormuz dalam tempoh yang panjang.
Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orkim Berhad, Kapten Cheah Sin Bi berkata, peningkatan itu didorong kenaikan kos insurans, harga bahan api serta gangguan operasi akibat ketidaktentuan laluan perkapalan utama di perairan antarabangsa.
Katanya, tekanan geopolitik di Asia Barat termasuk penutupan Selat Hormuz sekali gus memberi tekanan kepada industri perkapalan, khususnya dari segi kos operasi dan jadual penghantaran yang semakin tidak stabil.
“Kapal terpaksa mengalihkan laluan yang berisiko rendah. Lencongan geografi ini menambah masa perjalanan dan peningkatkan kos minyak kapal. Malah, ia meningkatkan kadar perkhidmatan kargo laut yang agak ketara….